MB Selangor: Bukan Nepotisme Kerana Saya Pernah Dilantik Anwar Ketuai Reformasi – Wan Azizah

Shah Alam – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui tidak mempunyai pengalaman untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Di sebalik kenyataan itu, beliau menjelaskan penggantian berkenaan perlu dilakukan bagi menambah baik semua dasar kerajaan negeri di samping mengekalkan dasar lama yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Bagi saya, pertukaran menteri besar tidak penting, yang lebih penting adalah amanah yang dipegang kita,” katanya dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa di negeri Selangor pada malam tadi.

Wan Azizah, yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menepis dakwaan pihak tertentu bahawa pencalonannya itu bersifat nepotisme.

“Ini bukan nepotisme sebab saya pernah dilantik oleh Anwar mengetuai gerakan reformasi semasa suami saya berada di penjara pada 1998,” katanya.

21 Julai lalu, Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR, boleh disingkir daripada jawatan menteri besar sekiranya 29 daripada 56 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sebulat suara membuat akuan berkanun bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.