Majlis Penasihat Diraja Bincang Isu Khalid Esok

Shah Alam – Majlis penasihat diraja kepada sultan Selangor akan membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Khalid berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan oleh badan itu di Istana Kayangan esok bagi membincangkan perkara itu ekoran pemecatan Khalid oleh PKR semalam.

Khalid juga berkata beliau “dinasihatkan” peguamnya untuk tidak membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu.

Khalid hari ini bertemu dengan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid negeri di Shah Alam untuk merasmikan kursus haji peringkat negeri.

Selepas acara itu beliau memberitahu pemberita akan mengadap sultan esok selepas majlis berbincang bagi menentukan pendirian istana dalam isu itu.

Khalid tidak menunjukkan tanda-tanda akan merayu terhadap keputusan PKR.

Katanya, keutamaannya sekarang untuk berkhidmat kepada negeri sebagai menteri besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.