44 Orang Maut Dalam Kemalangan Bas Pelancongan

Beijing – Sebuah bas pelancongan terhumban 10 meter dari tebing bukit di sebuah lebuh raya Tibet selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) dan trak pikap, mengorbankan 44 orang dan mencederakan 11 yang lain.

Menurut agensi berita Xinhua, bas yang membawa 50 penumpang itu menjunam di pergunungan selatan Tibet, petang semalam. Nahas berlaku di daerah Nyemo, kira-kira 90 kilometer dari Lhasa, ibu kota Tibet

Kebanyakan penumpang terdiri daripada empat wilayah di China. Terdapat empat orang dalam SUV berkenaan dan seorang pemandu trak, namun keadaan mereka belum dapat dipastikan lagi.

Polis sudah menahan pengurus sebuah agensi pelancongan dan syarikat pelancongan yang berkaitan dengan bas terbabit. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.