KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli tampil membidas kritikan Isham Jalil yang didakwa sering membuat ‘content’ menghentam bekas Menteri Ekonomi itu.
Rafizi menegaskan beliau tidak takut untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) seperti didakwa Isham.
“Rafizi takut bertanding PRU, itu kata Isham Jalil. Dia ni memang sakit hati dengan saya. Kerjanya buat content hentam saya. Ejek nama saya dan macam-macam lagi. Bangga dia tua-tua masih macam budak-budak ejek nama orang.
“Saya tak ambik hati sebab kalau saya jadi dia pun, memang saya berbulu dengan Rafizi ni.
“Bayangkan kalau kita jadi Isham Jalil. Masa sekolah kalah pertandingan debat dengan dia. Lepas tu, dia kecoh satu negara pasal skandal 1MDB sampai saya hilang kerusi empuk saya sebagai pegawai khas Perdana Menteri.
“Dah la tak jadi pegawai khas PM, kena tendang dari group Whatsapp pulak lepas tu. Punyalah bengang sampai nak saman sebab kena tendang dari group Whatsapp.
Kemudian nak bertanding kerusi parlimen, si Rafizi ni buat hal lagi. Susah payah nak dapat kerusi parlimen dari Umno, mula dah yakin boleh menang sebab PH kalah teruk dalam PRN Melaka dan Johor.
“Tak pasal-pasal PH bernafas balik, kalah teruk Isham Jalil di Shah Alam.
“Jadi saya fahamlah kalau dia jaki dengan saya. Tapi janganlah sampai buat lawak kata saya takut bertanding PRU16 sebab setiap kali saya bertanding, saya menang besar,” tempelak bekas Timbalan Presiden PKR itu dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Rafizi juga mendakwa Isham sebagai hati tisu.
“Saya bukan jenis hati tisu kena tendang group Whatsapp pun sampai nak saman.