Pelantikan hakim mahkamah atasan urusan kenegaraan penting, mesti cermat elak dipolitikkan – Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani dengan cermat dan elak dipolitikkan.

“Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting ia perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara,” kata kenyataan Istana Negara pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri.

“Hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat