“Minum minyak sawit satu sudu satu hari” itu seruan Tun, tapi nama saya tular – Teresa Kok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menghargai amanah dan kepercayaan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu melantik beliau menggalas jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi selepas Pilihan Raya Umum 2018.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-100 bekas Perdana Menteri itu, Teresa mengimbau kenangan berkait kempen “minum minyak sawit satu sudu sehari”.

“Kehadapan Tun Dr Mahathir yang saya hormati, saya doakan agar warkah ini sampai di sisi Tun dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini adalah Hari Jadi ke-100 Tun.

“Saya bersyukur kerana pernah berkhidmat sebagai ahli Jemaah Menteri sewaktu Tun diamanahkan sebagai Perdana Menteri. Saya pernah menyaksikan dengan mata sendiri azam Tun dalam usaha membangunkan semula Malaysia.

“Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun atas tunjuk ajar dan pimpinan yang diberi, khususnya dalam usaha bekas kementerian saya untuk mempromosi minyak sawit di pasaran dalam negeri dan antarabangsa.

“Masa itu, para pengusaha ditimpa kesusahan kerana harga minyak sawit sedunia yang jatuh secara mendadak. Seruan Tun kepada rakyat Malaysia untuk “minum minyak sawit satu sudu satu hari” dalam perasmian kempen Sayangi Sawitku telah ditularkan oleh netizen bawah nama saya.

“Kesilapan” ini terus membolehkan saya menggunapakai ungkapan Tun untuk mempromosi Minyak Sawit Merah yang penuh berkhasiat kepada masyarakat Malaysia,” imbau wakil rakyat DAP itu.

Beliau turut mendoakan agar Tun kekal sihat dan sejahtera.

“Walaupun saya tidak setuju dengan kesemua dasar dan kenyataan Tun, tetapi penghormatan itu kekal ada, atas segala sumbangan Tun kepada Malaysia.

“Selamat hari jadi ke-100, Tun Dr Mahathir,” ucap Teresa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat