Bilangan rakyat rasa negara merosot turun, lawatan PM jadikan Malaysia disegani di mata dunia – PKR Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keyakinan rakyat terhadap masa depan negara terus meningkat menjadi pembakar semangat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, menjelang PRN Sabah 2025 apa yang rakyat mahukan adalah kestabilan dan Kerajaan Madani semakin meyakinkan.

“Kami menyambut baik dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) bahawa keyakinan rakyat terhadap masa depan negara terus meningkat dengan jumlah responden yang merasakan keadaan negara merosot menurun daripada 52 peratus pada tahun 2023 kepada 40 peratus pada tahun 2025, jumlah yang berada di bawah purata global iaitu 57 peratus.

“Ini menunjukkan rakyat dapat merasai usaha reformasi institusi dan impak positif yang dibawakan Kerajaan Madani,” kata Mustapha dalam kenyataan pada Khamis.

Peratusan rakyat Malaysia yang percaya negara sedang mengalami kemerosotan telah menurun sebanyak 12 peratus, mencerminkan perubahan positif dalam sentimen awam mengenai arah negara, menurut firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).

Dalam satu kenyataan, Ipsos berkata bahawa berdasarkan tinjauan pendapat awam mengenai keadaan negara, bilangan rakyat Malaysia yang merasakan negara sedang merosot menurun kepada 40 peratus, berbanding 52 peratus pada tahun 2023.

Angka ini juga lebih rendah daripada purata global sebanyak 57 peratus.

Indikator ini ujar Mustapha, menunjukkan bahawa rakyat bertambah yakin dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat lawatan rasmi dalam
meningkatkan kerjasama pelbagai hala terutamanya menarik pelaburan ke tanah air.

“Sambutan dan penghormatan yang amat baik negara-negara luar dengan kepimpinan Perdana Menteri telah mengangkat Malaysia sebagai negara yang disegani.

“Tambahan lagi, survei Merdeka Centre baru-baru ini mendedahkan penarafan kelulusan (approval rating) terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 55 peratus pada Mei 2025, satu peningkatan ketara dari 43 peratus pada Jun 2024. Kelulusan terhadap Kerajaan Persekutuan juga naik kepada 50 peratus berbanding 40 peratus pada 2024.

“Secara tidak langsung menangkis naratif ketidakpuasan terhadap Kerajaan Madani dan meletakkan asas kestabilan politik sebagai keutamaan rakyat.

“Secara keseluruhannya, dapatan ini juga sekaligus mencerminkan mood rakyat Sabah yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi yang memberi rating tertinggi kepada kepimpinan Perdana Menteri.

“Ternyata kestabilan politik baik di peringkat Persekutuan dan Negeri kekal menjadi pilihan utama buat rakyat yang mahukan pembangunan dan kemakmuran,” katanya.

Mustapha menegaskan, rakyat mahukan kesinambungan, bukan perbalahan. Menjelang PRN Sabah 2025, apa yang rakyat mahukan adalah kestabilan dan Kerajaan Madani semakin meyakinkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat