Ahli -ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan akan jumpa jabatan berkaitan minggu depan rayu tangguh SST, tarif elektrik – Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP Kebangsaan Lim Guan Eng memaklumkan ahli-ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan akan mengadakan pertemuan dengan jabatan-jabatan berkaitan minggu depan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat berkenaan penyelarasan tarif elektrik baharu dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bekas Menteri Kewangan itu berharap pihak berwajib dapat memahami kesusahan yang dihadapi rakyat selepas pertemuan dengan pihak berkepentingan berkenaan.

“Pada ketika Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 25 peratus ke atas Malaysia, pelarasan tarif elektrik dan peluasan SST dianggap tidak sesuai.

“Justeru Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan akan bertemu dengan jabatan berkaitan minggu depan untuk menyatakan suara rakyat dan berharap dasar ini dapat ditangguh atau dilaksanakan secara berperingkat.

“Diharapkan selepas perjumpaan yang berkaitan, pihak berwajib dapat memberi respon yang positif dan memahami kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, jika boleh menangguhkan SST, maka tangguhkanlah, atau menangguhkan kutipan SST ke atas industri perkhidmatan pembinaan dan pendapatan sewa syarikat, serta menangguhkan atau melaksanakan penyesuaian tarif elektrik secara berperingkat untuk meringankan beban rakyat,” rayu Guan Eng.

Ujar beliau lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan kenaikan tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia, beberapa saham syarikat tenaga solar meningkat, dipercayai kerana pelabur beranggapan bahawa perniagaan mungkin beralih kepada tenaga solar sebagai sumber tenaga.

“Langkah invois elektronik telah dibuat penyesuaian baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa semua sumbangan atau derma yang diterima oleh organisasi agama tidak perlu mengeluarkan invois elektronik. Oleh kerana dasar invois elektronik boleh disesuaikan, SST dan bil elektrik juga boleh dibuat beberapa penyesuaian, langkah-langkah tersebut memberi kesan kepada peniaga, dan pengguna juga perlu menanggung beban ekonomi yang lebih besar,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat