Hadi Dakwa PH Tak Kuat, Dah Jadi Kerajaan Tapi Masih Ketakutan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Pakatan Harapan (PH) itu didalamnya terdapat pelbagai puak yang menipu, merasuah, liberal dan lain-lain lagi.

Katanya, apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka lalu dilakukan berbagai tindakan terhadap rakyat seperti menyaman, menangkap, dan mengugut rakyat.

“Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah menunjukkan bahawa PH tidak kuat dan dalam ketakutan walaupun mereka menjadi kerajaan.

“Melukut di tepi gantang, buka sanggul cari kutu. Orang takut akalnya hilang,
jumpa tunggul kata hantu,” bidas Hadi dalam ucapannya di Himpunan Teguh Pertahan di Kuala Terengganu, kelmarin.

Kita tidak boleh takut untuk mempertahankan negara daripada mereka ini, seru beliau.

“Apa yang penting, kita mesti bersatu, membina kekuatan dan bekerjasama sebaik mungkin antara satu sama lain untuk menang dalam pilihan raya yang akan datang.

“Saya harap semua rakyat dapat keluar mengundi dalam pilihan raya negeri kali ini. Kewajipan menegakkan pemerintahan bagi melindungi Islam adalah besar,” katanya.

Awal hari ini media melaporkan, polis akan menjalankan siasatan ke atas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan ke atas Ahli Parlimen Marang itu susulan satu hantaran di akaun Facebook bertajuk Minda Presiden PAS, pada Sabtu lalu yang mengulas mengenai parti DAP.

Menurut Razarudin, hasil siasatan awal polis mendapati hantaran berkenaan mengandungi kenyataan yang berunsur perkauman yang boleh mencetus kegusaran awam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat