Polis Tahan Exco Perak Didakwa Rogol Pembantu Rumah

IPOH – Polis menahan seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.

Ketua Polis Perak Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata Exco berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang Isnin lepas, mendakwa dirogol exco berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.