Polis Serbu Pesta Seks dan Dadah Budak-Budak WeChat

KUALA LUMPUR – Menggunakan aplikasi sosial WeChat untuk menarik golongan remaja menyertai pesta seks dan dadah di kondominium yang disewa khas.

Itu tindakan yang dilakukan penganjur namun kegiatan tersebut gagal setelah diserbu pihak polis dalam dua operasi berasi­ngan di Jalan Ceylon dan Jalan Ampang di sini pada Selasa serta Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan 68 individu berusia antara 14 hingga 44 tahun, termasuk dua penganjur ketika sedang leka berpesta.

“Pada serbuan pertama kira-kira pukul 5.45 petang Selasa lalu, pihak polis menahan 15 individu serta merampas 4,000 biji pil eramin 5, 19 biji pil ekstasi dan 2.6 gram ketamin yang dianggarkan bernilai RM60,000.

“Susulan itu, bertindak atas maklumat telah membawa serbuan kedua kira-kira pukul 5.15 petang dengan penahanan 53 individu termasuk seorang remaja perempuan warga Indonesia berusia 14 tahun yang sedang berpesta dalam sebuah kondomi­nium tiga bilik di Jalan Ampang, Khamis lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Menurut Mazlan, penganjur dipercayai mengiklankan pesta seks dan dadah di WeChat de­ngan pembayaran RM100 hingga RM200.

Jelas beliau, kondominium mewah itu juga disewa oleh pe­nganjur dengan harga lingkungan RM600 hingga RM1,300 sehari.

“Hasil siasatan mendapati pesta itu kerap bertukar lokasi bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua yang ditahan didapati positif dadah serta direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek­syen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

One thought on “Polis Serbu Pesta Seks dan Dadah Budak-Budak WeChat

  • July 10, 2018 at 9:06 pm
    Permalink

    syabas tahniah pihak polis tangkap budak liar yg dah rosak segala2nya….
    makan ice syabu habis musnah jahanam ….! apa nak jadi budak2 zaman ni…dah tak tahu mana baik mana buruk….!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.