Wanita Makan Haiwan Hidup-Hidup

Beijing – Seorang wanita terkenal kerana sering membuat persembahan memakan katak, ular dan belut hidup-hidup di tempat awam.

Wanita yang enggan dikenali itu sekali lagi membuat kejutan apabila rakaman video yang menunjukkan dia memakan burung merpati hidup-hidup tular di Internet.

Dia menjadi terkenal selepas menyertai satu pertandingan mencari bakat yang diadakan di China baru-baru ini.

Dalam pertandingan berkenaan, wanita itu mendedahkan makanan hariannya yang terdiri daripada pelbagai jenis haiwan.

Wanita itu juga menggunakan ‘bakat luar biasanya’ itu sebagai punca pendapatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.