Rumah Hampir Musnah Dijilat Api

RUMAH teres setingkat kelas B hampir musnah dalam kebakaran di Taman Hijrah, Kangar, di sini, hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.57 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Menurutnya, seramai dua pegawai dan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar dikejarkan lokasi kebakaran dibantu lapan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpang Empat.

“Sebaik tiba mendapati sebuah rumah teres kelas B berkeluasan 15×15 meter persegi sedang terbakar dan usaha memadamkan kebakaran terus dijalankan.

“Api berjaya dikawal jam 2.31 petang dan rumah itu musnah 30 peratus,” katanya.

Katanya, punca kebakaran dan nilai kerosakan masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.