PM Sasar Malaysia Airlines Capai Taraf 5 Bintang

SEPANG – Datuk Seri Najib Tun Razak menyasarkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) mampu mencapai penarafan lima bintang pada Anugerah Skytrax Penerbangan Dunia pada tahun depan.

Beliau berkata, sasaran itu berdasarkan pencapaian awal syarikat penerbangan itu selepas melalui fasa pelan pemulihan untuk tempoh lima tahun, lapor Utusan.

“Antara yang telah membuahkan hasil adalah tumpuan pada menstabilkan kewangan Malaysia Airlines dan itu telah dicapai.

“Saya bercakap dengan Peter Bellew (Ketua Pegawai Eksekutif MAB) bahawa beliau menyasarkan kewangan Malaysia Airlines ke arah perkembangan yang baik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.