Nikah Pakai Sneakers Bukan Nak Viral Kata Anis

“Tak terlintas langsung nak jadi pengantin viral atau pun sengaja tarik perhatian orang,”kata Pelakon Anis Al-Idris memberitahu lebih selesa memilih untuk memakai sneakers berbanding kasut tumit tinggi di hari pernikahannya.

Kata Anis, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi pengantin viral memandangkan gaya tersebut merupakan trend masa kini.

“Saya sebenarnya pakai baju kurung pun guna sneakers. Saya pakai kasut begini kerana nak selesa, sebab kalau pakai ‘heels’ mesti jatuh.

“Saya ingatkan kasut ini tidak kelihatan maklumlah dah tertutup dengan busana, rupanya nampak juga.

“Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting saya selesa dan majlis pun dah selesai. Alhamdulillah,” katanya, seperti memetik laporan AstroGempak.

Tambah Anis atau nama penuhnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 29, dia pernah berdepan dengan situasi malang yang menyebabkan dia membuat keputusan untuk tidak memakai kasut tumit tinggi.

“Saya pernah terjatuh ketika memakai ‘heels’, waktu itu di majlis anugerah.

“Setiap kali pakai, kalau tak terjatuh pasti tersadung. Jadi daripada saya resah lebih baik saya pilih ikut keselesaan,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.