Jong Un Merokok Sebelah ICBM Jadi Tular

LONDON – Semalam, tular Pe­mimpin Korea Utara, Kim Jong-un memegang sebatang rokok di sebalik enjin roket peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara beberapa minit sebelum dilancarkan.

Menurut portal Mail Online, Jong-un dilihat dalam klip video berdurasi le­bih tiga minit itu, Jong-un ber­ada hanya beberapa langkah dari pangkalan enjin pelancar roket Hwasong-14, seperti memetik Utusan.

Menerusi rakaman yang tular di laman Twitter tersebut me­nunjukkan, Jong-un kemudian bertindak menyalakan rokok sebaik sahaja peluru berpandu itu bersiap sedia untuk dilancarkan pada Selasa lalu.

Tiada siapa pula yang cuba menghentikannya malah membiarkan sahaja beliau terus menghembuskan asap rokoknya tanpa memikirkan kemudaratan yang mungkin boleh berlaku.

Ramai yang melihat video itu mengakui terkejut kerana tin­dakan berkenaan diketahui sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran besar.

Korea Utara mengumumkan pelancaran ujian ICBM pada Selasa lalu dengan mengatakan peluru berpandu itu mampu membawa kepala peledak nuklear yang besar dan berat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.