Gadis Miliki Nama Unik Dan Pendek

Yogyakarta – Seorang pelajar sebuah sekolah di sini mungkin antara individu yang memiliki nama paling unik dan pendek di Indonesia.

Menurut Agensi, dalam dokumen kelahiran gadis berusia 16 tahun dari Desa Tamanan di Banguntapan, Bantul, Yogyakarta ini namanya yang didaftarkan adalah N, lapor Metro.

N berkata, dia tidak tahu mengapa ibu bapanya memberikan namanya hanya satu huruf sedang kakaknya dinamakan Puji Lestari dan abangnya, Jarot.

“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.

“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu, dia menamakan anaknya N kerana gadis itu lahir pada bulan November.

“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang wanita juga berasal dari Yogyakarta turut menjadi tumpuan kerana bernama Y.

Y yang kini berusia 20 tahun mengaku bangga kerana memiliki nama yang unik dan pendek di Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.