Fikri Suka ‘Cari Pasal’ Kata Uqasha

KUALA LUMPUR – Gandingan Uqasha Senrose dan Fikri Ibrahim dalam Hero Seorang Cinderella mengundang pelbagai komen positif daripada peminat yang mahu mereka kekal sebagai kekasih.

Bagaimanapun, bagi pelakon cantik, Uqasha, hubungannya dengan pelawak yang lahir daripada program Lawak Solo itu hanya sekadar teman sesama industri dan tidak lebih daripada itu.

Menurut Uqasha lagi, Fikri juga sering kali menyakatnya dan suka mencari pasal ketika berada di set penggambaran menyebabkan hubungan mereka lebih serasi, seperti memetik Utusan.

“Kami panggil dia (Fikri) sebagai ustaz di set. Dia seorang yang suka mencari fasal dan menyakat saya. Dia sahaja yang berani tegur tentang penampilan saya, sebab itu kami jadi lebih serasi ketika berlakon.

“Lagipun, kami tak buat-buat mesra untuk melahirkan keserasian itu. Memang peminat suka dengan gandingan kami dan ada yang meminta agar hubungan dalam drama itu diteruskan ke dunia sebenar.

“Tapi, kami hanya kawan sesama pelakon. Itu sahaja. Kami pun tidak pernah tunjuk kemesraan di laman-laman sosial sebab memang hubungan itu sekadar berkawan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.