Aliff Aziz Bergelar Bapa

PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz, 26, mengucapkan rasa bersyukur apabila isterinya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 23, selamat melahirkan anak lelaki, kelmarin.

Dia berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya miliknya dan turut berkongsi nama anaknya.

“Alhamdulillah ke hadrat ALLAH SWT, pada hari yang mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih mummy kerana menjadi seorang wanita yang kuat sepanjang melahirkan anak lelaki kita.

 

“Ini lah yang mummy dan daddy nantikan selama ini, selamat datang Mohamad Ayden Adrean, kamulah cahaya dalam kehidupan kami kini dan selamanya,” tulisnya.

Pasangan tersebut berkahwin pada September 2016 di Shah Alam.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.