Sempat Berbuka Sebelum Maut

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta di Shah Alam maut dalam kemalangan di Kilometer 25.1 Jalan Duta, semalam.

 

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markhandan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.37 pagi ketika mangsa bersama lima lagi rakannya dalam perjalanan menuju ke Shah Alam dari arah pusat bandar selepas selesai berbuka puasa.

 

Kesemua mangsa berusia 18 tahun dan belajar di kolej swasta yang sama.

 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan hilang kawalan lalu melanggar pengadang jalan menyebabkan kenderaan dinaiki kesemua lima mangsa tersangkut di pengadang jalan berkenaan,” katanya.

 

Menurut Markhandan, insiden berkenaan itu meragut nyawa pemandu yang dikenali sebagai Muhamad  Nur Arif Mohd Nizam, 18.

 

“Kemalangan tersebut turut menyebabkan seorang rakan mangsa kritikal akibat patah tangan kanan selain mengalami pendarahan di abdomen,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.