JDT Dibelasah 6-1 Dalam Aksi Persahabatan

JOHOR BAHARU – Kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund membelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 6-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tan Sri Dato Hasan Yunos, di sini, malam Khamis.

 

Perlawanan ini merupakan aksi persahabatan kedua bagi Borussia Dortmund dalam siri Jelajah Asia 2015, selepas menewaskan kelab Liga Jepun, Kawasaki Frontale 6-0, di Stadium Todoroki, Tokyo, Selasa lepas.

 

Pada perlawanan malam Khamis, kelab Jerman itu mendahului 3-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Ikalay Gundogan pada minit ke-22, Peirre-Emerick Aubameyang (29′) dan Kevin Kampl pada minit ke-32.

 

Gol sagu hati JDT dijaringkan oleh Gary Steven Robbat pada minit ke-39.

 

Bersambung babak kedua, Borussia Dortmund menambah tiga lagi jaringan menerusi bekas pemain Manchester United, Shinji Kagawa pada minit ke-74 diikuti Calvin Jeremy Dudziak (81′) dan Marco Reus pada minit ke-90. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.