Tiada Masalah Bayar Gaji Kakitangan Bernama TV

Kuala Llumpur – Di sebalik spekulasi kewangan Bernama TV yang didakwa ‘tenat’ sehingga tidak mampu membayar elaun pengacara, kakitangan lain stesen televisyen berita itu pula tidak mempunyai masalah berkenaan.

Gaji bulan dan tuntutan lain yang dibuat oleh kakitangan editorial dan studio setiap bulan dibayar seperti biasa.

Malah, Bernama TV juga masih mengambil kakitangan baharu.

Ini kerana gaji kakitangan tetap Bernama TV dibayar oleh Bernama sejak beberapa tahun lalu.

Sumber dalaman Bernama TV berkata, kakitangan Bernama TV sebenarnya terkejut dengan berita yang dicanang di media sosial memandangkan operasi dan pentadbiran stesen televisyen berita itu berjalan lancar.

Katanya, Bernama TV kini dalam proses untuk diletakkan di bawah Bernama yang kini sedang giat melaksanakan penstrukturan semula.

Dengan penstrukturan semula itu Bernama akan memiliki pakej media yang lengkap meliputi radio, portal dan televisyen.

Dalam pada itu, sumber lain tidak menafikan Bernama TV menghadapi masalah untuk mendapatkan iklan termasuk daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) kerana rating stesen televisyen itu rendah berbanding dengan para pesaingnya.

Namun dengan penstrukturan semula yang sedang dilaksanakan, Bernama didakwa giat mencari rakan strategik dengan para peserta media di rantau ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.