Saya Sedang Diuji – Misya Omar

SEJAK mendirikan rumah tangga, penyanyi bersuara merdu, Misha Omar akui kesihatan dirinya sering terganggu.

Bagaimanapun isteri kepada Firos Ezzwan Rossly ini menafikan kesihatannya terjejas mungkin kerana hamil.

“Kami serahkan semua itu kepada ALLAH, tapi buat masa belum ada berita gembira seperti itu lagi.

“Sementara menunggu kehadiran cahaya mata, saya dan suami manfaatkan masa yang ada bersama,” tuturnya.

Mengulas lanjut mengenai kesihatannya, Misha bagaimanapun melihat perkara itu sebagai satu dugaan buat dirinya menempuhi alam rumahtangga bersama suaminya, Firos Ezzwan Rossly.

“Selepas berkahwin memang kesihatan saya tidak menentu. Mungkin kerana terlalu penat menguruskan majlis kahwin sebelum ini.

“Tambahan pula keadaan cuaca sekarang yang panas terik membuatkan badan saya lemah tapi setakat ini semuanya masih baik.

“Tapi Alhamdulillah, biarpun kesihatan saya ada pasang surutnya, tapi setakat ini semua kerja saya masih dapat dijalankan dengan baik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

 

Kekok di dapur

Dalam pada itu, Misha turut berkongsi pengalaman menjalani ibadat puasa bersama suami dan anak angkatnya, Adam Amir, 8.

“Memang saya teruja kerana inilah tahun pertama saya berpuasa bersama suami dan anak.

“Setakat ini saya sempat menyediakan juadah berbuka dan sahur buat mereka. Tambahan pula suami lebih gemar berbuka di rumah dan Adam pula bersemangat untuk berpuasa penuh tahun ini.

“Walaupun masih belum bijak berada di dapur, tapi saya masih belajar memahami selera suami,” ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Misha turut mengakui, sejak berkahwin, dia dan Fiross masing-masing mula mengenali sikap masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.