Presiden Indonesia: Widodo Dahului Dengan 80 Peratus Undi

Jakarta – Keputusan awal tidak rasmi Pemilihan Presiden (Pilpres) dalam Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) mendapati Joko ‘Jokowi’ Widodo mendahuli pencabarnya dengan lebih 80 peratus undi.

Widodo, Gabenor Jakarta, sebelum ini mendahululi dengan kira-kira 52 peratus, manakala Prabowo Subianto memperoleh 48 peratus, menurut sebahagian besar kiraan undi awal yang boleh dipercayai.

Keputusan daripada kiraan undi awal yang boleh dipercayai itu adalah satu petanda undi rasmi yang bakal diumumkan dalam tempoh dua minggu.

“Pada masa ini, undi awal itu menunjukkan gabungan Jokowi-Kalla adalah pemenangnya,” kata Widodo pada sidang akhbar, sambil merujuk kepada regunya, Jusuf Kalla.

Ketua Kempen Subianto, Mohammad Mahfud, juga berkata keputusan kiraan awal menunjukkan calon mereka mendahului. Beliau menggesa penyokong supaya bertenang ketika undi terus dikira.

Bekas pengeluar perabot yang berasal daripada bawahan dan dilihat sebagai pemimpin rakyat, Widodo menghadapi tentangan daripada Subianto, bekas jeneral tentera yang kaya dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas presiden Suharto.

Pertandingan itu adalah yang ketiga selepas berakhirnya pemerintahan Suharto pada 1988. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.