Penalti Bawa Argentina Ke Perlawanan Akhir

Rio De Jeneiro – Argentina menewaskan Belanda 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero menyelamatkan sepakan penalti pertama oleh Ron Vlaar, dan kemudiannya bertindak hebat untuk menyelamatkan sepakan Wesley Sneijder.

Selepas Argentina berjaya menyumbat tiga sepakan penalti,
sepakan penalti keempat oleh Maxi Rodriguez menempah tempat pasukannya ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Dalam perlawanan akhir Ahad ini di Maracana di Rio de Janeiro, Argentina akan menentang Jerman bagi mengulangi pertembungan kedua pasukan itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1986 dan 1990.

Pasukan Belanda akan bermain menentang Brazil pada perlawanan penentuan tempat ketiga di Brasilia pada hari Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.