Pajak Bayi RM3,500, Untuk Bayar Saman Trafik

Ipoh – Seorang wanita yang terdesak untuk mendapatkan wang sanggup mencagarkan bayinya berusia lapan bulan selama dua hari bagi meminjam wang sebanyak RM3,500, lapor portal The Star.

K. Kanagavali masih cuba mendapatkan bayinya daripada Norhidayu Badrol yang mahu dia menjelaskan kesemua hutangnya sebelum bayinya itu dipulangkan namun gagal berbuat.

Wanita berusia 35 tahun berasal dari Malim Nawar itu memerlukan wang berkenaan untuk menyelesaikan 15 saman trafik suaminya yang merupakan seorang pemandu bas ekspres menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

Norhidayu yang berasal dari Puchong Selangor mempunyai ipar di Malim Nawar yang juga kawan rapat kepada jiran Kanagavali.

Malah Norhidayu juga turut menjaga bayi berkenaan pada hujung minggu menyebabkan hubungannya bertambah rapat.

Setelah dia mendengar masalah yang dihadapi Kanagavali, dia menawarkan bantuan bersyarat melalui jirannya dan perjanjian itu dibuat di Balai Polis Malim Nawar.

Menurut Kanagavali, kali pertama dia menemui Norhidayu adalah pada 15 Mei lalu di balai polis terbabit.

“Saya menyerahkan bayi saya kepadanya dan dia menyerahkan wang itu kepada saya di hadapan seorang pegawai polis berpangkat inspektor,” katanya.

Setelah bayinya tidak dipulangkan dalam tempoh dua hari, Kaganavali mula risau malah dia turut gagal menghubungi Norhidayu.

“Norhidayu memberitahu jiran saya untuk meminta saya memulangkan wang berkenaan sebelum dia menyerahkan anak saya,” katanya.

Dia berkata demikian pada satu sidang media yang diaturkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam di Ibu Pejabat DAP Perak semalam.

Kaganavali berkata, suaminya baru saja dapat bekerja semula setelah kesemua saman trafik itu dilunaskan dan dia sedia membayar semula pinjaman kepada Norhidayu secara ansuran.

“Sekarang saya hanya ada RM1,000 untuk bayar balik pinjaman itu. Bakinya saya akan bayar secara bulanan tapi tolong pulangkan semula anak saya,” katanya.

Kanagavali telah membuat laporan polis di Balai Polis Malim Nawar pada 23 Jun lalu setelah semua usaha untuk mendapatkan semula bayinya menemui jalan buntu.

Sementara itu, Subramaniam bekata, pegawai polis berpangkat inspektor yang menjadi saksi ‘urusan’ itu memberitahunya bahawa dia telah cuba menghubungi Norhidayu namun gagal.

“Pertama sekali, bagaimana urusan berkenaan boleh dibuat di hadapan seorang anggota polis? Dia lebih tahu mengenai undang-undang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Ng Kong Soon berkata, kedua-dua pihak telah membuat empat laporan polis berhubung kes itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/10/pajak-bayi-rm3500/#ixzz374ZZfgdq

2 thoughts on “Pajak Bayi RM3,500, Untuk Bayar Saman Trafik

  • July 12, 2014 at 3:00 am
    Permalink

    hoi kebajikan masyarakat tlong lah insan yg x berdaya ini nk beli susu anak pun kena mintak sedekah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.