Obama Beri Amaran Tarik Balik Bantuan Ketenteraan

Washington – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran akan menarik balik bantuan ketenteraan ke atas Afghanistan sekiranya kedua-kedua calon presiden negara itu mencetuskan keganasan dalam pilihan raya yang akan berlangsung.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Obama dikatakan telah memberikan amaran kepada kedua calon pemimpin tersebut menerusi panggilan telefon ke atas Ashraf Ghani dan Abdullah Abdullah.

“Obama menegaskan AS menjangkakan proses pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar dan bersih dari sebarang bentuk penipuan.

“Beliau juga mahu semua pihak mengelakkan daripada mencetuskan kekacauan yang boleh melemahkan perpaduan negara Afghanistan,” katanya.

Menurutnya lagi, semua pihak harus bekerjasama ke arah satu resolusi yang mewakili kehendak rakyat Afghanistan.

“Menerusi panggilan telefon kepada kedua-dua calon tersebut, beliau juga menyatakan bahawa beliau menolak sekerasnya sebarang keganasan yang mungkin dicetukan oleh kedua calon dan penarikan bantuan AS di Afghanistan akan ditarik serta-merta sekiranya beliau mendapati keganasan tercetus di sana,” katanya lagi.

Obama dikatakan menghubungi Abdullah pada malam Isnin dan Ghani pada semalam bagi mengingatkan kedua-kedua pemimpin tersebut.

Menurut Obama, adalah penting bagi sesebuah negara bagi menjalani sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dari sebarang kekacauan etnik supaya kestabilan negara dapat dikekalkan di Afghanistan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.