‘Negara-Ku’ Wajah Baru Liberalisme Dan Pluralisme Agama

Kuala Lumpur – Letaklah nama apa pun, kami dah kenal siapa anda dan untuk siapa anda bekerja,” kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika mengulas mengenai penubuhan Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku).

Menurut Abdullah Zaik, badan bukan kerajaan (NGO) baru itu hanyalah wajah baru pada humanisme, liberalisme dan pluralisme agama.

“Agenda mereka tetap sama. Fokusnya untuk menentang Islam sebagai agama Persekutuan dan hak kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Negara-Ku diasaskan oleh bekas Pegerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Ia berhasrat menghapuskan politik berasaskan etnik, kaum dan kelompok yang menggugat proses pembinaan serta pembentukan bangsa Malaysia.

Dilancarkan di Kuala Lumpur pagi tadi, Negara-Ku disokong oleh 68 kumpulan masyarakat sivil dan NGO lain.

Ambiga berkata, politik berasaskan kaum dan etnik serta ahli politik yang berfikiran perkauman akan terus merosakkan proses pembinaan satu identiti bangsa Malaysia.

“Selepas pilihan raya umum, sesuatu yang pelik terjadi di negara ini dengan berleluasanya kejadian pelampau agama dan perkauman,” katanya.

Rakyat mula mempersoalkan keadaan itu yang berpunca daripada sesetengah pihak yang mempunyai “agenda bahaya”, tambah Ambiga sambil menerangkan agenda yang dimaksudkannya ialah 13 Mei.

Samad dalam majlis sama berkata, sentimen agama semakin giat digunakan sebagai penunjuk utama identiti seseorang dan mekanisme yang meletakkan sempadan untuk memecahbelahkan rakyat.

“Mobilisasi dan manipulasi kaum, etnik dan agama menyebabkan manusia semakin tidak bertolak ansur, taksub dan melampau,” katanya.

Samad percaya majoriti masyarakat Malaysia mahu politik yang memisahkan antara kaum dan agama dihentikan.

“Kita mesti bertindak sebelum masyarakat jatuh lebih jauh ke dalam jurang ketidakstabilan,” katanya.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/negara-ku-wajah-baru-liberalisme-dan-pluralisme-agama-kata-isma#sthash.YidkSHj4.dpuf

One thought on “‘Negara-Ku’ Wajah Baru Liberalisme Dan Pluralisme Agama

  • July 10, 2014 at 7:38 pm
    Permalink

    Bodoh punya samad sekolah jenis kebangsaan hapus kan dulu baru boleh sembang hal perkauman la

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.