Najib Ucap Selamat Hari Ulangtahun Pada Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Hari ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-89.

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran berkenaan dan menyifatkan Dr Mahathir sebagai masih kelihatan muda dan bertenaga.

“89 tahun namun nampak muda, bertenaga kan?

“Selamat hari jadi Tun Dr Mahathir, semoga Allah panjangkan umur,” kata Najib

Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama memegang jawatan berkenaan iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan pada zaman pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri, beliau lantang menyuarakan kritikan kepada barat khususnya rejim Israel dan zionis kerana kekejaman yang dilakukan mereka ke atas rakyat Palestin.

Beliau kemudian digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 selepas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.