Model, Kekasih Kerabat Johor Disyaki Dibunuh

Kuala Lumpur – Polis kini menyiasat sama ada seorang model Estonia yang mempunyai hubungan romantik dengan seorang anggota kerabat diraja Johor mati dibunuh.

Regina Soosalu pada asalnya disangkakan mati akibat lemas.

Menurut laporan The Star hari ini, mayat beliau ditemui di sebuah pantai di Pulau Rawa.

Soosalu tiba di sebuah pusat peranginan di situ dari Kuala Lumpur tempat beliau menetap, beberapa jam sebelum ditemui mati.

Polis mempertimbang untuk meneliti kemungkinan ia satu kes bunuh dan mengelaskan kes itu bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kesan luka “meragukan” pada tubuhnya.

Enam individu ditahan untuk membantu siasatan tetapi polis masih belum memanggil teman lelakinya, Tengku Alang Reza Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.