Malaysia Akan Terus Sokong Perjuangan Palestin – Najib

Shah Alam – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rakyat dan Kerajaan Malaysia, akan sentiasa membantu dan berdoa agar perjuangan rakyat Palestin pada masa ini mencapai kejayaan.

Beliau berkata, sokongan, doa dan bantuan itu akan diberikan selagi tidak ada kerajaan Palestin yang berdaulat.

“Dalam apa juga keadaan, rakyat Malaysia dan kerajaan yang ada pada masa ini, memberikan sokongan yang sekuat mungkin kepada rakyat Palestin,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu Najib hadir mesyuarat tertutup bersama Badan Pengerusi UMNO Selangor di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalannya Datuk Abdul Shukor Idrus.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengadakan perjumpaan tertutup bersama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Terdahulu, Najib melancarkan Tabung Prihatin Gaza yang ditubuhkan Puteri UMNO Selangor Najib meluangkan masa kira-kira sejam sebelum beredar ke Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.