Luahan Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia

Rasa sayu apabila membaca luahan hati anak Linda Rafar, allahyarham Rezaimen Keifli yang meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat kanser perut.

Coretan kata yang ditulis di atas kertas sudah cukup menggambar ketabahan anak kecil berusia 12 tahun itu menanggung derita sejak enam bulan lalu.

Seperti yang kita tahu, anak kecil akan jujur dengan perasaan mereka. Kalau benar, benarlah yang diluahkan atau diperkatakan.

Begitulah pengalaman Rezaimen yang mesra dipanggil Memen apabila mengakui sakit ketika menerima rawatan apabila dicucuk sana sini di bahagian tertentu tubuh badan.

Anak Linda Rafar 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Itu belum lagi rawatan cuci darah dan buah pinggang yang perlu dilalui anak kecil ini.

Lebih menyayat hati, Memen sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan selama ini.

Baiknya hati anak kecil yang masih menghargai budi orang lain walaupun diri sedang berperang dengan penderitaan.

Selain itu, Memen juga sempat menceritakan gelagat abang dan adik-adik yang menjadi penghibur hatinya selama ini.

Buat adik Memen, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

One thought on “Luahan Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.