Lagi Insiden Tembak Di AS

Houston – Sekurang-kurangnya 5 dilaporkan maut termasuk kanak-kanak manakala beberapa yang lain cedera dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di pinggir Houston, Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sheriff Harris County, mengesahkan kejadian yang berlaku dekat Spring.

Bagaimanapun ia tidak mengesahkan jumlah sebenar mereka yang ditembak dan terbunuh dalam insiden itu.

Menurut laporan AP para penyiasat pembunuhan dan unit jenayah bergegas ke kawasan berkenaan dan maklumat lanjut mengenainya masih belum dikeluarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.