Komen Bung Moktar Salah Dan Tidak Boleh Diterima – Najib

Kuala Lumpur – Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak boleh diterima dan salah, dan beliau akan menarik semula kenyataan itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter rasminya, sebentar tadi.

“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau untuk rakyat Malaysia yang memahami sejarah masa lalu Eropah dan menghormati perpaduan moden negara itu.

“Ketika ini sepatutnya menjadi masa untuk meraikan kemenangan Jerman dan kita mengucapkan yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” katanya.

Kelmarin, Bung Moktar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 dengan Adolf Hitler dalam akaun Twitternya dengan berkata: “Well done…bravo…long live Hitler”.

Namun, sebelum Najib memuat naik status terbaru itu, Bung Moktar terlebih dahulu memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai kenyataan beliau tempoh hari di akaun Twitternya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.