Kereta Velfire Ning Baizura Hilang

Kuala Lumpur – Kenderaan pelbagai guna (MPV) milik penyanyi popular, Ning Baizura telah hilang di Hartamas di sini pukul 10 malam semalam.

Toyota Velfire dari Jepun itu berharga lebih RM300,000 dan mempunyai tujuh tempat duduk.

Kehilangan kereta Ning itu kini diheboh di laman-laman sosial dalam usaha menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

Gambar kereta dan nombor telefon turut tertera bagi memudahkan orang ramai menghubungi sekiranya terjumpa kereta tersebut.

Difahamkan Ning enggan mengulas lanjut mengenai kehilangan kereta ini namun atas sebab-sebab tertentu dia menyerahkan kepada pihak polis menyiasat kes itu sehingga selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.