Kalau PM Tak Bersuara, Jangan Mimpi Dapat Bantuan

Seorang gelandangan yang mengejutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana hidup merempat selama 20 tahun terus mendapat reaksi positif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila namanya diambil untuk menerima bantuan selayaknya pada masa terdekat.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan Tan, apabila berpeluang bersemuka dengan Najib, dia terus memberitahu permohonannya untuk mendapatkan bantuan JKM sebelum ini telah beberapa kali gagal.

“Antara syarat permohonan mesti ada alamat rumah sedangkan saya tidak ada alamat untuk diisi. Ada lagi banyak syarat lain yang membuatkan saya tak layak,” katanya.

Kebetulan pada lawatan Najib ke kawasan gelandangan bermula pukul 11 malam di sekitar kota raya itu turut disertai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Turut bersama ialah Menteri Wilayah dan Persekutuan, iaitu menteri yang mahu menghalau golongan gelandangan dan pengemis dari bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tidak kiralah siapa yang ikut Najib untuk melihat golongan merempat di tengah-tengah Kuala Lumpur kerana yang penting, nasib gelandangan bernama Tan telah mendapat perhatian Menteri di JKM.

Persoalannya, jika dia diberi bantuan JKM selepas ini setelah Najib meminta Rohani mengambil butiran peribadinya, jelaslah kakitangan di JKM sendiri dalam membuat penilaian permohonan tidak pernah serius dan jujur.

Kenapa bila ada arahan daripada pihak atasan baru boleh dapat atau tindakan diambil serta merta? Bukanlah nak salahkan Rohani tetapi sebagai menteri yang menjaga hal-hal kebajikan masyarakat tetapi kakitangannya di jabatan perlu peka dengan masalah ini.

Ingatlah bahawa golongan gelandangan ini bukan semuanya bodoh tidak bersekolah. Mereka boleh membaca dan ada yang celik IT. Dalam erti kata lain, kalau Tan dapat bantuan JKM, gelandangan lain pasti akan berbunyi juga.

Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/kalau-pm-tak-bersuara-jangan-mimpi-dapat-bantuan#ixzz374WxowVC
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

2 thoughts on “Kalau PM Tak Bersuara, Jangan Mimpi Dapat Bantuan

  • July 11, 2014 at 8:54 pm
    Permalink

    hahahaha,jkm x pernah jujur dlm menjalankn tugas, ingat allah akan persoal kn nanti tentang amanah yg d beri allah

    Reply
  • July 11, 2014 at 8:56 pm
    Permalink

    sama je mne_mne kaki tanggan kerajaan janggan pandang hina pada kami kaum gelandanggan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.