Jusuf Kalla Mahu Jumpa ‘Musuh’

Jakarta – Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla semalam mengajak seluruh rakyat negara itu bersatu membangunkan negara selepas proses pemilihan berakhir.

Dia yang berpasangan dengan Joko Widodo berkata, segala perbezaan pendapat sepanjang tempoh berkempen perlu ditamatkan mulai semalam. “Kepada teman yang lain, termasuk Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa, saya yakin kita tentu mahu membangun negara bersama.

“Kita tetap bersaudara,” katanya. Walaupun tewas (hasil daripada kiraan awal tidak rasmi), Jusuf berharap Prabowo dan Hatta masih dapat memberi sumbangan membangun Indonesia.

“Pada saat yang sesuai, saya berharap dapat duduk bersemuka dengan mereka dan berbincang mengenai kepentingan bangsa dan negara,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.