Cedera Ditanduk Lembu

Alicanta – Keseronokan menyaksikan acara sukan tradisi kejar lembu berakhir dengan kemalangan selepas peserta dan mangsa cedera ditanduk.

Mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang mengambil bahagian pada Festival Bous a la Mar yang diadakan di Denia, berhampiran Alicanta, di timur Sepanyol.

Penonton yang berada di sekeliling kemudian berusaha untuk membantu mangsa.

Bagaimanapun percubaan itu gagal sebaliknya mereka yang berada berhampiran terus dibelasah lembu berkenaan.

Keadaan dilaporkan dapat dikawal tidak beberapa lama kemudian.

Menurut Palang Merah Sepanyol, empat mangsa cedera dalam kejadian berkenaan.

Sejak ia direkadkan pada 1924, sekurang-kurangnya 15 dilaporkan maut dalam acara tahunan yang diadakan.

Festival berkenaan berlangsung selama sembilan hari dan turut menarik pelancong asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.