Buang Ketumbuhan Paling Besar Di Dunia Seberat 110kg

Beijing – Pakar bedah Di China berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai paling besar di dunia daripada kaki seorang lelaki selepas ia membesar sehingga mencapai berat 110 kilogram.

Ia membabitkan sembilan doktor dan mengambil masa 16 jam untuk membuang ketumbuhan berkenaan.

Sepanjang proses pembedahan berlangsung, pesakit menerima 5,000 mililiter darah, melebihi kandungan cecair itu pada tubuh orang dewasa.

Yang Jianbin, 37 tahun, daripada wilayah Shanxi mempunyai tanda lahir berwarna gelap pada bahagian kanan belakang badan.

Ia dikatakan semakin membesar sejak dia berusia 12 tahun.

Dia kemudian membuang ketumbuhan berkenaan selepas ia menjadi sebesar penumbuk.

Bagaimanapun, ia muncul semula sehingga mencecah berat 110 kilogram.

Ketua Jurubedah Chen Mingliang berkata Yang menderita penyakit Neurofibromatosis, masalah kecelaruan genetik yang menjejaskan pembesaran secara normal dan perkembangan sel tisu.

“Kami biasa melihat pesakit neurofibromatosis, tetapi yang ini paling besar pernah kami lihat,” katanya.

Sebelum pembedahan dilakukan, dia diberikan dua katil untuk menampung ketumbuhan selebar 1.2 meter itu, mewakili dua pertiga dari berat badannya.

Kesihatan Yang dilaporkan semakin pulih dan dia dijangka keluar dari hospital hujung bulan ini.

One thought on “Buang Ketumbuhan Paling Besar Di Dunia Seberat 110kg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.