Amar Asyraf Bergelar Bapa

Kuala Lumpur – Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf kini bergelar bapa apabila isterinya, Arna Salleh selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 1.00 pagi tadi.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh Amar melalui laman sosial Instgram miliknya.

Aktor itu telah memuat naik foto sedang mendukung anaknya itu sambil dia tersenyum dan memandang bayi lelaki tersebut.

Amar dan Arna selamat diijabkabulkan di Bidor, Perak pada 7 Jun tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.