Kerajaan didakwa sedang lakukan tindakan ‘maha terkutuk’ – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa kenaikan harga diesel susulan pelaksanaan subsidi bersasar sebagai tindakan yang maha terkutuk.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata, ketika diesel naik 3 sen zaman Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri, dia kata ini tindakan terkutuk.

“Hari ini diesel naik RM1.20, tindakan itu boleh diisytiharkan sebagai maha terkutuk.

“Tanpa syak dan ragu, kita boleh nobatkan ini kerajaan yang sedang melakukan tindakan yang maha terkutuk,” katanya di Facebook pada Isnin.

Pada 11 Disember 2020, harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada RM1.73 seliter dan RM2.03 seliter bagi tempoh tegah malam ini sehingga 11 Disember.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga bagi bahan bakar itu sebelum ini masing-masing pada harga RM1.70 sen dan RM2.

Dalam pada itu, harga runcit diesel turut mengalami kenaikan sebanyak tiga sen iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat