Annuar Musa Terima Sijil Keahlian PAS

- Advertisement -

SENAWANG — Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa telah menerima sijil keahlian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini secara rasmi.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyerahkan sijil keahlian itu pada majlis Ceramah Gelombang Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh turut menceritakan detik-detik yang membuat beliau membuka hati untuk menjadi ahli PAS.

“Saya perhatikan hemat bicara tokoh tokoh pas, prinsip-prinsipnya, saya perhatikan kebolehan wakil wakil rakyat PAS, dalam hati kecil saya kagum, kerana pas mendidik wakilnya dengan nilai politik cukup tinggi.

“Pemimpin pas tidak tamak dengan jawatan,”katanya dalam ucapan di majlis Ceramah Gelombang Kebangkitan Rakyat.

Penyerahan sijil itu juga turut diraikan oleh penyokong-pebyokong dan pengikut Perikatan Nasional dengan laungan takbir.

Untuk rekod, bekas Ketua Umno Bahagian Ketereh itu antara tiga pemimpin parti yang dipecat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Disember tahun lepas.

Turut dipecat ketika itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yassin yang juga isteri bekas Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Shahidan Kassim, Khairy Jamaluddin, bekas Ketua UMNO Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua UMNO Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat