Video: ‘You Mau Kepala Pecah Atau Kereta Pecah’

KUALA LUMPUR – Marah dengan tindakan penguatkuasa Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengunci tayar keretanya, seorang wanita bertindak aggresif dengan memukul anggota yang sedang menjalankan tugas.

Satu klip video berdurasi 1 minit 24 saat yang dihantar kepada SuaraTV memaparkan tindakan ganas wanita yang berusia lingkungan 40an itu.

 

“Kenapa kapit, saya sekejap aja tadi sudah cakap dengan dia orang saya tak nampak suruh DBKL taruk saya tanda ini (tempat letak) motosikal la.

“Tadi sini ada banyak kereta parking, ok pergi report polislah, saya tak mau buka (bayar denda),” katanya kepada anggota DBKL yang bertugas.

Walaupun telah diterangkan berkali-kali, wanita tersebut dilihat tetap menyalahkan tindakan anggota yang mengunci tayar keretanya itu.

Dia kemudiannya dilihat mengeluarkan ‘pengunci stereng’ kereta sebelum mengugut dan memukul anggota yang bertugas itu.

“Tak mau bukakan, you mau kepala pecah atau kereta pecah.

“Mau lagi, you poliskah (tadi) you cakap you bukan polis,” jeritnya sambil memukul anggota yang bertugas itu berulang kali.

Kejadian dikatakan berlaku di hadapan HSBC Kepong pada 4 Jun yang lalu sekitar jam 2.50 petang.

Rakan kepada mangsa yang turut berada di tempat kejadianya kemudiannya cuba mententeramkan keadaan namun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya meminta agar rakannya itu membuat satu laporan polis.

Pihak kami akan cuba menghubungi DBKL bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut berhubung kejadian ini. – SuaraTV

One thought on “Video: ‘You Mau Kepala Pecah Atau Kereta Pecah’

  • June 13, 2018 at 5:08 pm
    Permalink

    KURANG AJAR….LAWAN UNDANG2 …. TANGKAP DAN DAKWA RIBU2 SUPAYA JADI PENGAJARAN PD YG LAIN…… 5 TAHUN HUKUMAN AWAM , BARU DIA TAHU..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.