Video: ‘Hari Ini Saya Nak Peluk Islam’

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas , Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan panggilan Ebit Lew tidak dapat menahan sebak apabila seorang lelaki India menyatakan hasrat untuk memeluk Islam.

Ebit Lew melalui catatan di laman Instagramnya melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana memberikan hidayah kepada lelaki tersebut di saat umat Islam sedang menanti malam Lailatul Qadar.

 

 

“Tadi sebak dan syukur ada seorang abang masuk Islam lagi di tengah bandar waktu malam ini. Terima kasih (kepada) kawan yang mendoakan tadi, bulan ni dah 5 orang (yang) mengucapkan syahadah, terima kasih Allah.

“Katanya (lelaki tersebut) sebelum ini bangun 4-5 pagi tengok saya di program ‘Tanyalah Ustaz’ (siaran) ulangan bab suami-isteri, cinta dalam rumah dan sebagainya.

“Katanya (selepas menonton rancangan tersebut) terdetik ingin memeluk Islam. Hari ini saya nak masuk Islam, syukur katanya rupanya Allah nak jumpakan (dia dengan Ebit) disini. Live malam-malam menanti LailatulQadar,” tulis Ebit sebentar tadi.

Ebit Lew turut menjelaskan akan memikul tanggungjawab untuk menguruskan pendaftaraan lelaki tersebut sebagai saudara baru.

Melalui klip video berdurasi 60 saat itu, Ebit turut dilihat mengajarkan lelaki tersebut untuk mengucap syahadah sebelum memeluk dan menyampaikan tazkirah pendek.

Terdahulu Ebit bersama rakan-rakannya mengedarkan pek makanan dan minuman kepada golongan gelandangan yang tidur di sekitar ibu kota awal pagi tadi.

Beliau sebelum ini bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti dakwah dengan mendekati golongan masyarakat terutama remaja yang bermasalah.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berminat untuk beramal boleh menghulurkan sumbangan melalui Kasih Umat Training di akaun CIMB 8603 3062 41. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.