Rakyat Iraq Balut Tubuh Guna Kerajang Aluminium Cuba Elak Dikesan X-Ray

ISTANBUL – Tujuh pendatang warga Iraq membalut tubuh mereka dengan kerajang aluminium ketika bersembunyi di dalam sebuah kontena dengan harapan taktik itu dapat mengelakkan mereka dikesan mesin imbasan X-ray.

Bagaimanapun, taktik mereka tidak berjaya dan semua lelaki berkenaan ditangkap ketika cuba menyeludup masuk ke Turki melalui pelabuhan Pendik di Istanbul, baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan, pihak kastam Turki menahan kontena berkenaan yang sudah dibawa menaiki lori selepas imbasan X-ray mengesan ada imej kelihatan seperti manusia di dalamnya.

Ketika pemeriksaan, pihak kastam juga mendapati kontena itu lebih berat berbanding berat kargo yang diisytiharkan.

Kontena itu mengandungi alat ganti kereta yang diimport dari luar negara.

Kerana curiga pihak berkuasa membuka kontena berkenaan dan ketika pemeriksaan dilakukan mereka menemui tujuh lelaki yang membalut tubuh mereka dengan kerajang aluminium.

Ketika disoal siasat pihak berkuasa mendapati semua lelaki berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mengaku mereka mahu masuk ke Turki secara haram. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.