PM Mahu Isu FGV Diselesaikan Sebelum Aidilfitri

KULAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga prinsip utama untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan mahu isu itu diselesaikan dalam bulan Ramadan ini juga.

“Pertama, ia (siasatan) mesti mematuhi undang-undang syarikat. Kedua, ia mesti selaras dengan urus tadbir baik dan ketiga, proses siasatan mestilah melalui proses yang adil,” kata beliau ketika berucap pada majlis Ihya Rahmat Ramadan Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Sungai Sayong, di sini, malam Sabtu.

Menurut Najib, pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas untuk menangani kemelut melanda FGV itu, adalah berpandukan tiga prinsip tadi.

Ini juga bagi memastikan fakta-fakta yang diperoleh adalah tepat dan akhinya kerajaan dapat membuat keputusan berhubung kemelut FGV.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, ia merupakan hasrat kerajaan bagi melihat kemelut ini segera dipulihkan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.