Penjaga Gol JDT Digantung Setahun

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias yang mengasari pengadil perlawanan pada aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Filipina pada 31 Mei lalu dihukum gantung 12 bulan dan denda sebanyak AS$40,000 (RM170,626), lapor Kosmo.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC, penjaga gol Harimau Selatan berusia 30 tahun itu dilarang daripada menyertai sebarang perlawanan bola sepak di seluruh Asia termasuk aksi Liga Malaysia dan pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.