Pegawai SPRM Ditahan Reman Tiga Hari Kes Peras Ugut Polis

PULAU PINANG – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut anggota polis.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret  Nurulrasyidah Mohd. Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 11 pagi ini.

Suspek yang berusia 37 tahun dan bertugas di Unit Risikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu diberkas dalam operasi khas pukul 10 malam tadi di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Machang Bubok di sini.

Menurut sumber, suspek dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan memeras ugut dengan meminta wang daripada pegawai polis kononnya untuk melindungi aktivi pusat perjudian.

Dalam serbuan malam tadi, polis turut merampas wang tunai RM3,000 dan dua kelongsong peluru 9mm daripada suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) , Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid berkata, kes bekenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kerana difahamkan terdapat mangsa di beberapa daerah lain sekali gus memerlukan siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.