Malaysia Pelawa Pelabur Kerjasama Bangunkan Teknologi Hijau

ASTANA (KAZAKHSTAN) – Negara-negara yang menjadi peneraju dalam bidang teknologi hijau dipelawa untuk melabur dan bekerjasama dengan Malaysia dalam sektor teknologi dan tenaga sempena penyertaan mereka dalam Ekspo Astana 2017 yang diadakan di sini mulai hari ini hingga 10 Okt.

Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air Malaysia Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Malaysia adalah pasaran baru muncul yang paling banyak diliputi hutan di kalangan 100 negara teratas di dunia dan menurut laporan berita Amerika Syarikat, Malaysia adalah negara yang terbaik untuk melabur.

“Kita tidak memberi tumpuan kepada mana-mana negara tertentu tetapi ia bergantung kepada teknologi yang mereka tawarkan, harga, perkongsian antara sektor swasta di Malaysia.

“Sememangnya, Pertumbuhan Hijau adalah alam semula jadi kami dan kami merancang untuk membuktikan kepada dunia dalam tempoh 92 hari akan datang bahawa pasaran baharu yang muncul seperti Malaysia , boleh dan harus menjadi peneraju pertumbuhan hijau,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo Astana 2017 di sini, hari ini.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air adalah kementerian utama dalam Pavilion Malaysia yang merangkum i kira-kira 727 meter persegi di tapak futuristik ekspo seluas 25 hentar terletak berhampiran Astana, bandar pentadbiran Kazakhstan.

Ongkili berkata Malaysia menyediakan sesi padanan perniagaan di Pusat Perniagaan Malaysia terletak di ekspo itu, untuk peserta perniagaan dari sektor awam dan swasta di Pavilion Malaysia sebagai peluang kepada mereka untuk menjalin kerjasama.

Beliau berkata Malaysia dijangka menjana RM1.0 bilion dalam perdagangan dan pelaburan pada Ekspo Astana 2017.

Ongkili berkata Malaysia telah mewujudkan pelan dan akan memanfaatkan pelan tersebut untuk menggalakkan pertumbuhan hijau dengan 22.1 kapasiti penjanaan tenaga daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

“Kita adalah pemimpin global dalam rantaian nilai photovoltaic dengan berada di tangga kedua dan ketiga dalam kedudukan kepimpinan dalam modul dan sel pengeluaran,” katanya.

Bertemakan “Tenaga masa Depan” Ekspo Astana 2017 adalah pameran antarabangsa khusus bertujuan untuk memberi inspirasi kepada perbahasan global antara negara, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat dan orang ramai mengenai kesan pengurusan tenaga ke atas kehidupan penduduk dan planet.

Lebih 150 entiti termasuk 62 penceramah dan 94 pertubuhan swasta dan kerajaan yang merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia pada EKSPO 2017, akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan untuk mempromosi dan menampilkan amalan terbaik dan apa yang ditawarkan oleh Malaysia dalam bidang tenaga hijau. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.