Khabar Gembira Kepada Peneroka Felda, Dapat Duit Raya

Selepas mengumumkan pemberian bantuan khas hari raya kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Perdana Menteri hari ini mengumumkan satu lagi berita gembira.

Kali ini setiap peneroka Felda di seluruh negara akan menerima duit raya berjumlah RM780 setiap seorang.

Menurut Najib, Felda memperuntukkan RM47.28 juta bagi pengagihan duit raya itu, manakala Felda Global Ventures (FGV) menerusi pemberian dividen sebanyak RM26.4 juta.

Namun bagi peneroka yang tidak lagi bersama Felda, melakukan urus niaga tanpa kebenaran Felda dan menyaman agensi berkenaan tidak layak menerima insentif tersebut.

Pengumuman itu dibuatnya pada Majlis Ihya Rahmat Ramadan Felda peringkat Kebangsaan 2017 di Felda Sungai Sayong, hari ini.

Nampaknya ia merupakan satu khabar gembira kepada warga Felda. Ternyata mereka tidak dilupakan dan turut sama-sama dilibatkan bagi pemberian bantuan sebagai meringankan beban untuk persiapan hari raya Aidil Fitri.

Mungkin bagi orang lain, jumlah yang diumumkan itu tidak seberapa namun ia cukup besar kepada peneroka Felda.

Sebelum ini banyak bantuan telah diberikan kepada peneroka Felda sekali gus menunjukkan bahawa kerajaan prihatin terhadap mereka.

Malah Perdana Menteri sebelum ini pernah memberikan jaminan bahawa kerajaan akan terus membela nasib peneroka Felda termasuk generasi kedua dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk rumah mampu milik dengan harga RM70,000 seunit bagi memastikan mereka hidup selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.